Get cash from your website. Sign up as affiliate

Selasa, 22 November 2011


Mari bersajak!

Cuba dengar lagu dengan teliti dan hayatinya.Kemudian barulah bersajak.Mulakan sajak dengan bait "Berburu ke padang datar".Para pelajar pasti dapat mendeklamasikan sajak ini dengan baik.Sila ke http://youtu.be/khUzShYnx84 untuk mendengar contoh deklamasi sajak.

Setelah bersajak ,cuba perhatikan bait-bait sajak.Adakah kamu memahaminya? Untuk memahaminya dengan lebih baik ,rujukilah kamus.

Cuba kamu cari maksud:

a) Berguru kepalang ajar,bagai bunga kembang tak jadi.

Selamat mencuba!







Mari  Gunakan Bahasa Dengan Betul

Berikut cikgu senaraikan kata sendi nama yang biasa kita gunakan.

1.Kata Sendi Nama (KSN)

di                     bagi                 laksana            antara
ke                    demi                sejak                untuk
dari                  tentang            terhadap         dengan
daripada          seperti             akan                dalam
kepada            bagai               oleh                 sampai
pada                umpama          hingga

KSN  hadir di hadapan kata nama/frasa nama.Contohnya dalam ayat :

i.          Ibunya pergi ke kedai.
ii.          Ali hadir di sekolah.

Berikut pula ialah kesalahan  yang lazim dilakukan:

di
1.         Dia  pulang ke rumah di waktu petang.
            (sepatutnya: Dia pulang ke rumah pada waktu petang.)

ke
2.         Semoga berbahagia hingga ke anak cucu.
            (sepatutnya: Semoga berbahagia hingga anak cucu.
3.         Kebahagianmu akan berlanjutan hingga ke anak cucu.
            (sepatutnya: Kebahagianmu akan berlanjutan kepada anak cucu.)

            Dalam ayat 2 dan 3  hingga dan ke merupakan KSN.Justeru penggunaan dalam ayat tersebut tidak tepat kerana hal ini dianggap sebagai kesalahan pertindihan maksud.

dari
4.         Mesyuarat itu akan diadakan daripada pukul sembilan pagi hingga pukul empat petang.
            (sepatutnya: Mesyuarat itu diadakan dari pukul sembilan pagi hingga pukul empat          petang.)


daripada
5.         Sumbangan itu dari Kementerian Pelajaran.
            (sepatutnya:Sumbangan itu daripada Kementerian Pelajaran.)
           

Sekian dahulu panduan yang dapat cikgu berikan untuk kali ini.Selamat berjaya!